Wednesday 25 January 2012

Tahun Baru Cina di KLCc

Assalamualaikum sumeer....Hallluuu halluuu.....Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi suma rakan2 ku yang berbangsa cina...we are 1 Malaysia maaa....





Pada mulanya kami sume tiada plan apa2 untuk Cuti Tahun Baru Cina nie...almaklumlaa...abi aku cuti 2 hari jer...umi pon....so kitorang ngat nak balik kampung Pahang jap....tapi memandangkan Moknik sekuarga nak datang jejauh dari Kelantan so kami pospone cuti skolah bulan 3 nie....so oke lah!Seperti yang dirancang kami ke rumah sepupu aku di Selayang kot...haha makan NASI KERABU...sedap!tu la makanan WAJIB org Kelate..sapo dio nok nikoh ngan ore kelate untong la....haha.(puji diri sendiri)



Lepas makan kitorng layan muvi PAPA I LOVE YOU dan OMBAK RINDU....dah boring x taw nak wat per...pakcik aku ajak g jenjalan ke KLCC!!




Seperti yang dijangka.......orang asing je ramai kat KLCC...Bangla,Myammar,Indon....pening kepala aku....dah la dgn ujan renyai2...memang terbaik!walaupun macam haru sket tapi kami ENJOY!!!

lets see our picture... (thanks again to my bucuk!)

ni gmbar Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur
pada waktu malam

ni lah bapakkuu...dya sgt la suka bergmbar..
PANTANG nmpak camera..

ni la amani..anak sepupu aku...
da besar da dye...cumil lagi!

ni angah.pemalu la KONON!


ni sepupu aku mekna bersama kak ejah( mak amani)
kak ejah nk dapat baby baru lagii....

ni umi den bersama cik ajih..adiknye..
nmpak cam orang bujang..padahal anak 3 da pakcik aku nie..

wahhhh...cik ajih x padan ngan tua....haha

ehem3..aku pon nak gak bergmbar kat mende nie enn.hehe

dasyat kan!haha

ni gmbar moknik n poknik.sweet!

kakak n fateha...

my beloved parents!umi &abi



aku xdek ponnnn....

mok nik n umi!

angah n cik ajih



iqbal n angah

menara tabung haji kuala lumpur

kak ejah,amani n abg ja

mekna n moknik


Setelah penat berjalannn....kami pn pulang....xbeli ape2 pun dalam shoping complex...sebab barang2 dye terSANGAT la  mahal....huhu.xmampuuu......xpe la...shoping kat TESCO lagi murah kot..
Lepas tuh kami berpecah pulang ke rumah masing2....Family aku semua kebuluran..maka kami pun pergi ke Restoran Seafood di Teras Jernang...

Walaupun sekadar berjalan...tapi kami happy sebab dapat berkumpul beramai2!see u next blog!daaa :)

Thursday 12 January 2012

Kekanda Adinda


Bismillahirrahmanirrahim..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Aku terpanggil untuk berkongsi pendapat aku mengenai istilah isteri lebih berjaya dan berpangkat daripada suami.Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah pun ditetapkan siapa jodoh kita,rezeki kita sejak kita berusia empat bulan dalam kandungan ibu kita.Jikalau Allah telah mentakdirkan kita menjadi seorang doktor dan manakala jodoh kita seorang tukang kebun apakah hak kita untuk berlari dan menyorokkan diri kita daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT?Siapa diri kita untuk menentukan siapa yang menjadi milik kita dan apa yang sepatutnya kita dapat?TIDAK SAMA SEKALI!Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Saya tahu,ramai masyarakat mempunyai fikiran bahawa zaman serba canggih ini manusia semuanya berharta dan berjaya.Tapi adakah semuanya berjaya dan berharta?Manusia sering memandang kesempurnaan daripada belajar mengenal erti kesusahan.Manusia juga berfikir orang kaya diciptakan untuk orang kaya,manakala orang miskin diciptakan untuk orang miskin,tapi adakah kita berkuasa menentukan semua itu?Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana.
Zaman moden ini kebanyakan wanita lebih berjaya berbanding lelaki dan pada akhir zaman nanti bilangan kaum hawa lebih tinggi berbanding bilangan kaum adam.

Daripada Anas ra berkata : "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh perempuan".H.R BUKHARI MUSLIM.

Tidak salah di sisi agama mahupun disisi undang2 lelaki dan perempuan memilih pasangan hidup mereka masing2.Malah Rasulullah SAW memberi panduan dalam memilih pasangan.



"Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.

-Jelas bahawa Islam itu tidak pernah memaksa penganutnya memilih harta kekayaan sebagai asas membina sesebuah rumah tangga dan apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW adalah ilmu agamanya.
Contohnya jikalau seorang lelaki itu kaya tetapi jahil tentang ilmu agama,mampukah dia mendidik isteri dan anak2nya menjadi seorang khalifah yang berguna di atas muka bumi ini?
Pendapat saya,tak kisahlah suami kerja apa pun janji halal dan mampu untuk memberi nafkah kepada keluarga.Ramai je pun orang yang x la berapa nak kaya tapi mampu je nak beri isteri dan anak2 makan dan minum.Jikalau si isteri pula yang bergaji besar,janganlah kerek sangat dengan duit yang ada dengan enjoy sana sini,at least tolonglah suami sama2 memelihara keluarga agar keluarga itu menjadi sebuah keluarga yang diredhai Allah,insyAllah.
Sebenarnya siapa yang Allah ciptakan untuk kita itulah yang terbaik untuk kita.Hari2 kita berdoa agar Allah memberi kita jodoh yang baik,zuriat yang baik dan keturunan yang baik2.Tapi biasalah manusia xpernah bersyukur bila da dapat.Masih ramai diluar sana mencari2 siapa jodoh mereka tapi kepada manusia2 yang da diberi jodoh xreti2 nak jaga hubungan masing2..banyak alasan "tiada jodoh".Kata2ku ini memberi peringatan juga kepadaku agar sentiasa berdoa dan berusaha untuk memiliki yang terbaik dan akhir sekali barulah kita redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah SWT kerana Allah SWT sayangkan hamba2Nya.Takpe lah susah2 dahulu senang2 kemudian.Tiada apa kesenangan di dunia ini tanpa pengorbanan pada mulanya.
So,kepada wanita2 mahupun lelaki2 di luar sana....janganlah kalian memandang rendah dengan status pekerjaan seseorang.Biarlah apa pun orang tu kerja janji halal.Kepada sesiapa yang demand2 orang2 kaya..berharta keliling buang lah angan2 mat jenin anda tuh jauh2.Jikalau Allah da tetapkan jodoh kita dengan orang kaya Alhamdulillah..tapi jikalau Allah da tetapkan kita dengan orang yang sederhana terimalah dengan hati yang terbuka sebab rezeki dan kuasa itu semua ditentukan oleh Allah SWT.Susah sekarang xbermakna susah kemudian,yang penting USAHA!
Seseorang yang membina 'masjid' di jalan yang diredhai Allah insyAllah pintu rezeki itu akan dibuka seluas2nya.Apa yang penting sekarang ni kita haruslah belajar memperbaiki diri sendiri dan sentiasa berdoa kepada Allah agar hidup kita ni sentiasa diredhai dan dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi kita semua.Berdoalah agar kita mendapat suami atau isteri yang baik2,soleh dan solehah agar dapat menjaga kita dihari tua nanti...dan itulah yang terbaik :)




Semoga kita dapat memiliki seseorang yang baik,penyayang,taat,setia,berilmu dan beragama Islam dan mampu memelihara keluarga bahagia.InsYAllah...Wallahualam......

Monday 9 January 2012

I misssss soooo much my family!

Assalamualaikum wbt..salam pembuka kata...semoga kalian berada dalam keadaan sehat dan dirahmati Allah SWT.




Lahirnya aku kedunia pada tanggal 21March1992.Tangisan seorang bayi perempuan di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian,Kelantan pada jam 7.15pm ketika umat Islam sibuk berbuka puasa telah kedengaran.Air mata seorang ibu telah tumpah setelah melihat bayi comelnya selamat dilahirkan dengan sempurna.Namaku diberi Nurul Izzatie Binti Ishak yang bermaksud Cahaya Kemuliaanku dan Keagunganku.Aku di belai dan diasuh sehingga menjadi seorang wanita yang cerdas.hehe(Terima kasih umi dan abi.Along sayang umi dan abi ketat2)



Aku kini kian meningkat dewasa dah pun berumur 20 tahun dan sekarang gak aku dah pun ada 6 orang adik beradik..hehe.Cepat tul masa berlalu kan...Cuba renung2kan Hadith kat bawah nie...

"Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 
Riwayat al-Hakim

Huraian
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar. 
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 


MasyAllah..jelaskan peranan kita sebagai seorang anak wajib mentaati kedua ibu bapa kita..Walau sehina mana pun kedua ibu bapa kita,walau sesusah mana keluarga kita,hargailah mereka sebagaimana yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW.

Ketika aku kecil dahulu,aku berada dalam sebuah keluarga yang susah kerana ayahku cuma seorang pekerja kilang manakala ibuku seorang suri rumah sepenuh masa.Adik2 aku pula semuanya kecil2 dan perlukan penjagaan yang baik daripada umi dan abi..Aku sebagai seorang kakak haruslah bertanggungjawab membantu kedua orang tua ku meskipun tika itu aku masih kecil.Sebagai seorang anak kecil yang belum tahu erti sebenar kehidupan,aku berfikir apa yang seharusnya aku lakukan untuk membantu keluarga aku menjadi keluarga yang senang..hanya satu...iaitu PENDIDIKAN..Hanya ilmu yang mampu memberi perubahan kepada seseorang.

Alhamdulillah..aku berjaya menggapai cita2ku untuk menjadi seorang mahasiswi di universiti awam.Terima kasih umi,abi,dan adik2 sebab selalu doakan along sampai sekarang.DAN SEKARANG...adalah tanggungjawab aku untuk menentukan masa depan aku.Aku akan bekerja nanti dan cari duit banyak2 untuk keluarga aku dan aku nak hantar umi dan abi aku ke Makkah insyAllah.Aku tekad aku xkan kawen selagi aku belum dapat kerja(sory eh bucuk..hehe).


Umi abi.........along sayang sangat2 kat umi dan abi..dan along janji xakan sia2kan umi dan abi...along harap umi dan abi sentiasa doakan kejayaan along dan adik di dunia dan akhirat.Walaupun kita hidup susah sekarang..xape..slow2 kita bina sebuah mahligai indah kita nanti.Wahai adik2ku....belajarlah..tuntutlah ilmu sedalam2nya kerana ilmu sahajalah yang mampu mengubah kita sekeluarga dan "janganlah kamu mencintai seseorang itu kerana kekayaannya..kerana itu akan musnah...tetapi cintailah seseorang itu kerana ilmunya..kerana ilmulah yang akan membawa kita kejalan yang benar......"