Saturday 2 July 2011

INDAHNYA MENUTUP AURAT

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah kita masih bernyawa dan masih sempat melihat seluruh ciptaan Allah SWT yang cukup sempurna ini..ALLAHHU AKBAR!
Tahukah wahai manusia menutup aurat itu adalah wajib?Penat ustaz dan ustazah masa sekolah dulu terangkan kat kita kewajiban menutup aurat tapi adakah kita ikut dan amalkan?


ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:
30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka¦..”
Hadith di atas jelas menyatakan bahawa setiap org yg beriman wajib menutup aurat.Allah mewajibkan hamba2nya menutup aurat kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita sebagai manusia yang lemah dan hina tidak tahu.
Contohnya,banyak kes rogol dan cabul disebabkan oleh wanita itu yang tidak menjaga batasan aurat serta pemakaian yang telah diajar oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Riwayat Muslim)
Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya
  • Betis dan paha yang terselak – selak , sedia untuk dipanggang , pedihnya tidak terkira .
Subhanallah..justeru..marilah kita sama2 menutup aurat dan insaf diri kita ni..sebelum terlambat..Sekarang pintu taubat masih terbuka.Ayuhlah kita sama2 menjaga batasan aurat kita :)