Friday 30 December 2011

Kelebihan Bismillah Enam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


  • Bismillah 6

    1. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.

    2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

    3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.

    4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.

    5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.

    6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.

    Ertinya :

    1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

    2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

    3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

    4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
    5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

    6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”
FADHILAT BISMILLAH ENAM
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
--Justeru kengkawan marilah kita amalkan bismillah enam nie..lagi2 kita da nk final skunk nie...kalau amalkan bismillah enam nie insyAllah akan dijauhkan daripada gangguan jin dan syaitan...insyAllah jugak kita akan score final nnti..gudluck u ols :)



Thursday 29 December 2011

Ku persembahkan hanya untukMu...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..






Hari itu aku sedih kerana cinta
Bagi aku cinta itu kejam
tak menghargai insan yang setia
tak bernilai walaupun dibeli dengan harta
aku tekad aku akan cari cinta Yang Maha Esa

Ternyata cinta yang Maha Esa itu melebihi segala
Ketenangan dan kebahagiaan itu sentiasa ada
Allah tak pernah mensia-siakan hambanya
meskipun kita jauh dari-Nya
Dia tak pernah membuang kita
Ya Ar-Rahman..Ya Ar-Rahim...

Kerana Dia mencintaiku sebagai hamba-Nya
Maka Dia turunkan seorang hamba-Nya
yang punyai hati yang setia
yang punyai sebuah cinta yang satria
tidak pernah jemu mencinta
meskipun sejuta badai melanda
kasih dan cintanya tak pernah tiada
dialah sang arjuna yang ku cari selamanya

Aku percaya Allah itu adil
Dia tahu segalanya
tak pernah mensia-siakan hamba-Nya yang setia
akan aku hargai semua pemberian-Mu ya Rabb

Aku yakin segala ketentuan-Mu
jika Kau tarik segala kebahagiaanku itu
aku redha
kerana ku tahu segala di dunia ini adalah sementara
ada yang menantiku di syurga

Terima kasih ya Rabb
Terima kasih wahai pemilik cinta
Ku tahu
Tiada nilai aku jika dibandingkan dengan keagungan-Mu
ku hanya insan yang hina
yang mengharapkan sebuah kasih dan cinta daripada Tuhannya

Janganlah Kau mensia-siakan aku
Aku adalah hamba-Mu yang setia
selagi aku masih di dunia yang sementara
Hati,jasad dan cintaku
ku persembahkan hanya untukMu.....


hasil nukilan-Nurul Izzatie binti Ishak -4.16 am







Tuesday 27 December 2011

PULAU LANGKAWI DESTINASI KAMI

Assalamualaikum wahai pembaca yang sudi baca entry aku nie walaupon simple2 je aku wat..hehehe
Ape kabo?moga2 sehat sejahtera endaknyee...


Nie aku baru je selamat sampai ke wang ulu,kangar perlis...alhamdulillah....setelah 3hari 2 malam kami berada di pulau orang...macam2 pengalaman yang aku rasa seketika aku berada di sana bersama2 keluarga tercinta..

HARI PERTAMA....


Aku terpaksa kluar awal kelas drama sbb family aku da slamat smpai ke kuala perlis.Perjalanan mereka jauh dari bangi,selangor nun.....Tepat kul 10.45pagi aku cepat2 kuar dr kelas n tepon pakcik teksi....korang bayangkan.....dari pengkalan asam ke kangar RM10!!nak MAMPOS pakcik uh...disebabkan aku terpaksa naik la aku kne bayar.......sampai ke kangar aku ngat nk nek bas unimap ke kg.wai..tapi mak aku telepon soh nek teksi sbb org ramai kat jeti....so aku pon amek teksi p jeti kuala perlis....UMANG Ai.....berderet manusia...........lemas aku...ce korang tgok nie suasana jeti pada 23/12/2011..






Kemudian kami pergi ke masjid kuala perlis memandangkan tiket feri kami jam 3.00 ptg...lepak2 kat sana smpai ketiduran akibat kepenatan......gambar2 kat bawah nie smuanya time kat masjid kuala perlis...adik2 aku nei pantang nmpak kamera...macam kakak depa jugak perangainye...hehe..

masjid kuala perlis



terminal feri kuala perlis




Jam 2.30ptg kami mula bergerak smula ke jeti...manusia masih tidak berkurang2 bilangannya..malah makin bertambah..dengan barang yg banyak kami mula berasak2 ke gate8 selepas mendengar pengumuman daripada pengurus feri.Lepas tuh tiba2 dia suro tukar gate5 plak......manusia2 yg kurang sabar nie mula ar bertempik mcm ayam lepas bertelur..(aku pon sama)..hahaha.Alhamdulillah akhirnya kami smua selamat masuk ke dalam feri..inilah first time kami menaiki feri...excited betul....ce tengok muka2 kami....

dalam feri







45minit kemudian kami selamat smpai ke Pulau Langkawi.....Setibanya kami di perlabuhan jeti,ayah aku mula mencari kereta untuk disewa....mula2 nak sewa kereta je..memandangkan kami 8 orang....terpaksalah sewa VAN....haha.van pon van la..mak aku lak soh org van uh carikan motel tuk disewa....kami pon excited la.....ayah aku pon bawak la kami ke motel yg dicadangkan tuh...fuhhh...dari luar aku tgk cam rumah HANTU....seram aku...last2 kami x jadi sewa rumah Hantu tuh....kami pon  bergerak laaa......mencari motel.....last2 smua tempat yg kami pergi smuanya penuh....aku bagi cadangan kat parents aku soh duk tepi pantai je..nak dekat subuh kita gerak ke masjid...parents aku pon stuju....malam tuh kami pon tidur la atas pasir berbumbungkan langit yang berhiaskan bintang2 berkelipan...tapi adik2 aku bukan main seronok diorang....kul 2pagi pon x tdoq lagi..ce tgk gmbar nie.....

iqbal

bello

emylia n ares

bello n emylia

emylia

iqmal


HARI KEDUA

Jam 3.30pagi mak aku kejut kitorang dan kami mula bergerak ke masjid.....adik2 aku mandi kat situ..aku lak menyambung tidur...penat wei.... mengantuk tahap dewi..selepas solat subuh berjemaah kami mula bergerak SHOPPING!!Akulah orang yang paling bahagia bila ade orang ajak g shopping...hehe.kami beli cokelet smpai RM300...Hari tuh je banyak aku beli....hehe.kemudian pukul 1tghr kami pulang ke motel...seharian aku x mandi.....

ni aku ngah beratur nak nek cable car..
adult-RM30
children-RM20
harga 1 M'sia jadi half price tp kne tunjuk kad pengenalan


nie la cable car...kitorang x dapat naek sebab
angin kencang...sedeyh :(

family aku smua kepenatan lepas shopping sakan.hak3

my beloved parents

adek iqmal nn umi
dah mandi!!haha

kesian adek sbb kne bangun ikot kitorang nk shopping.haha

HARI KETIGA

Selepas seharian kami shopping...kami pulang ke motel..malam tuh kami tidoq awal smpai x sedar subuh esoknye...Lepas solat subuh kami kemas2 barang dan bersiap nk p sarapan then gerak ke Makam Mahsuri....ramai orang cakap tempat tuh bersejarah en..so kami pon pergi la nk tengok sejarah Mahsuri...




bergambar kat buaian Mahsuri

ni la telaga Mahsuri...orang cakap air telaga Mahsuri nie mujarab tuk gatal2..
tapi bagi aku kurafat je tuh...
ramai orang datang basuh2 muka la...minum la...haih..
kalu camtuh air telaga belakang umah atuk aku pon mujarab..kan...


Selepas penat brjalan kami wat lputusan untuk mmbuat tmpahan gmbar satu keluarga kat piring...ce tengok...cumil kan.....Lepas tuh kami pon keluar dari Kota Mahsuri dan pergi membeli belah di kedai.Kami borong minyak gamat dan cenderamata untuk di bawa pulang ke rumah..

ni la dye...cumil kan kami...

Jam 1 tengahari kami terus menaiki feri pulang ke Kuala Perlis...Walaupun aku rasa percutian kami kali ini agak membosankan tapi aku seronok sebab aku dah pon bersama keluarga aku menikmati pengalaman bercuti bersama2..Setelah sampai ke Jeti Kuala Perlis keluarga aku menghantar aku pulang menaiki teksi dan mereka terus pulang ke Temerloh,Pahang(Umah nenek belah ayah)..Akhir kata,terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama menikmati detik percutian kami sekeluarga. Lots of love.....

thanks for bucuk sebab bagi kat syg camera olympus nie..
banyak kenangan dgn camera nie :)
(nanti kita pulak g Langkawi sama2 at our birthday ek)







Friday 23 December 2011

My LiFE aT UniMAP

Nowdays,berakhir sudah official class kami bagi semester 1 bagi sesi 2011/2012..terharu rasanya..sbb aku n kawan2 aku da berjaya menamatkan kisah sem 1 kami..Macam2 karenah...cerita lucu,sedih,gembira kami kongckan...dan skarang tibanya masa untuk study weekkkk.....aku rase x cukup kot 2 minggu study week...xpelah..insyAllah,Allah akan permudahkan segala urusan kami...


Here..i would like to give special thanks to my friends especially 'GENG 8' sbb bg support kat aku byk2..jugak to my roomate syakila kamal..n housemates..ain,tasya,miera,kak ifa n kak nisa sbb dah mewarnakan hari2 aku di UniMAP...


Dulu..aku takut sgt sbb aku dpt tawaran smbung blajar ke Perlis...tapi skrang....satu Perlis aku da tawaf...haha.siap boleh jadi tour guider lagi....huhu.Haih....smua nie pengalaman....aku harap sem2 akan datang lagi banyak kenangan2 yg bakal aku n teman2 ciptakan....here i would like shared with u all my picture since i was in Perlis....enjoy!!!


my roomate syakila <3

time orientasi

nk p padang besaq

my breakfast

my messy table :P
mas n me

me n nad

forum presentation

temankuh time tidoq

syakila my wife at unimap

syakila n nadia

study weiiii

bakti siswa...at kok klang

my adopt parent

me n coco

mrs.simple

me n nut

sweet hat

bipro members <3