Lahirnya aku kedunia pada tanggal 21March1992.Tangisan seorang bayi perempuan di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian,Kelantan pada jam 7.15pm ketika umat Islam sibuk berbuka puasa telah kedengaran.Air mata seorang ibu telah tumpah setelah melihat bayi comelnya selamat dilahirkan dengan sempurna.Namaku diberi Nurul Izzatie Binti Ishak yang bermaksud Cahaya Kemuliaanku dan Keagunganku.Aku di belai dan diasuh sehingga menjadi seorang wanita yang cerdas.hehe(Terima kasih umi dan abi.Along sayang umi dan abi ketat2)
Aku kini kian meningkat dewasa dah pun berumur 20 tahun dan sekarang gak aku dah pun ada 6 orang adik beradik..hehe.Cepat tul masa berlalu kan...Cuba renung2kan Hadith kat bawah nie...
"Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
Huraian Pengajaran hadis: i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia. ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya. iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka. iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar. v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. |
MasyAllah..jelaskan peranan kita sebagai seorang anak wajib mentaati kedua ibu bapa kita..Walau sehina mana pun kedua ibu bapa kita,walau sesusah mana keluarga kita,hargailah mereka sebagaimana yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW.
Ketika aku kecil dahulu,aku berada dalam sebuah keluarga yang susah kerana ayahku cuma seorang pekerja kilang manakala ibuku seorang suri rumah sepenuh masa.Adik2 aku pula semuanya kecil2 dan perlukan penjagaan yang baik daripada umi dan abi..Aku sebagai seorang kakak haruslah bertanggungjawab membantu kedua orang tua ku meskipun tika itu aku masih kecil.Sebagai seorang anak kecil yang belum tahu erti sebenar kehidupan,aku berfikir apa yang seharusnya aku lakukan untuk membantu keluarga aku menjadi keluarga yang senang..hanya satu...iaitu PENDIDIKAN..Hanya ilmu yang mampu memberi perubahan kepada seseorang.
Alhamdulillah..aku berjaya menggapai cita2ku untuk menjadi seorang mahasiswi di universiti awam.Terima kasih umi,abi,dan adik2 sebab selalu doakan along sampai sekarang.DAN SEKARANG...adalah tanggungjawab aku untuk menentukan masa depan aku.Aku akan bekerja nanti dan cari duit banyak2 untuk keluarga aku dan aku nak hantar umi dan abi aku ke Makkah insyAllah.Aku tekad aku xkan kawen selagi aku belum dapat kerja(sory eh bucuk..hehe).
Umi abi.........along sayang sangat2 kat umi dan abi..dan along janji xakan sia2kan umi dan abi...along harap umi dan abi sentiasa doakan kejayaan along dan adik di dunia dan akhirat.Walaupun kita hidup susah sekarang..xape..slow2 kita bina sebuah mahligai indah kita nanti.Wahai adik2ku....belajarlah..tuntutlah ilmu sedalam2nya kerana ilmu sahajalah yang mampu mengubah kita sekeluarga dan "janganlah kamu mencintai seseorang itu kerana kekayaannya..kerana itu akan musnah...tetapi cintailah seseorang itu kerana ilmunya..kerana ilmulah yang akan membawa kita kejalan yang benar......"






No comments:
Post a Comment