Thursday, 29 December 2011

Ku persembahkan hanya untukMu...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..






Hari itu aku sedih kerana cinta
Bagi aku cinta itu kejam
tak menghargai insan yang setia
tak bernilai walaupun dibeli dengan harta
aku tekad aku akan cari cinta Yang Maha Esa

Ternyata cinta yang Maha Esa itu melebihi segala
Ketenangan dan kebahagiaan itu sentiasa ada
Allah tak pernah mensia-siakan hambanya
meskipun kita jauh dari-Nya
Dia tak pernah membuang kita
Ya Ar-Rahman..Ya Ar-Rahim...

Kerana Dia mencintaiku sebagai hamba-Nya
Maka Dia turunkan seorang hamba-Nya
yang punyai hati yang setia
yang punyai sebuah cinta yang satria
tidak pernah jemu mencinta
meskipun sejuta badai melanda
kasih dan cintanya tak pernah tiada
dialah sang arjuna yang ku cari selamanya

Aku percaya Allah itu adil
Dia tahu segalanya
tak pernah mensia-siakan hamba-Nya yang setia
akan aku hargai semua pemberian-Mu ya Rabb

Aku yakin segala ketentuan-Mu
jika Kau tarik segala kebahagiaanku itu
aku redha
kerana ku tahu segala di dunia ini adalah sementara
ada yang menantiku di syurga

Terima kasih ya Rabb
Terima kasih wahai pemilik cinta
Ku tahu
Tiada nilai aku jika dibandingkan dengan keagungan-Mu
ku hanya insan yang hina
yang mengharapkan sebuah kasih dan cinta daripada Tuhannya

Janganlah Kau mensia-siakan aku
Aku adalah hamba-Mu yang setia
selagi aku masih di dunia yang sementara
Hati,jasad dan cintaku
ku persembahkan hanya untukMu.....


hasil nukilan-Nurul Izzatie binti Ishak -4.16 am







No comments:

Post a Comment